Inspirasi penubuhan Yayasan Tuanku Canselor UCYP (YTC UCYP) ini adalah bertitik tolak daripada titah Tuanku Canselor UCYP, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk mewujudkan satu dana pendidikan bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan terutama daripada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, pihak UCYP sebagai pengasas Yayasan berusaha untuk menubuhkan sebuah institusi yang menjalankan operasi secara berasingan daripada universiti dan tidak berorientasikan keuntungan. Permohonan untuk memperbadankan pemegang-pemegang amanah bagi YTC UCYP di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] telah dimajukan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) pada 10 Oktober 2019 dan telah diluluskan pada 23 Disember 2019.

YTC UCYP sedang dalam proses memohon kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada penyumbang-penyumbang dana.

Sumber dana yang terkumpul akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan pembangunan pelajar, meningkatkan taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan kualiti program-program yang ditawarkan terutama di peringkat kumpulan UCYP.

RPA