Endowmen

Apa itu Endowmen


Endowmen adalah aset kewangan yang disumbangkan kepada organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau aset modal. Kaedah penggunaan ditentukan oleh penderma. Kebanyakan endowmen biasanya menetapkan wang dari hasil pelaburan dari dividen yang diterima akan dibelanjakan dan menyimpan secara tetap wang derma asal.


Sebagai inisiatif baru, Yayasan Tuanku Canselor UCYP mengajak individu atau dermawan dari sektor awam dan swasta untuk membuat pelbagai sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit mahupun bentuk fizikal dan pelaburan bagi meningkatkan dana penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan modal insan dan teknologi negara.


Halatuju masa hadapan organisasi adalah melalui endowmen supaya YTC UCYP tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.


Dengan tabung endowmen ini YTC UCYP mampu melakukan lebih banyak perkara untuk membantu pelajar dari segi pengajaran dan pembelajaran dan juga dari segi fizikal dengan membiayai pembangunan prasarana dan infrastruktur.

Objektif Tabung Endowmen

  • Memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pengurusan Amanah YTC untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Endowmen mengikut garis panduan yang telah disediakan.
  • Memperkasakan aktiviti penjanaan endowmen yang lebih berfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.
  • Merancang pelan jangka masa pendek yang lebih jelas dan sistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan dijalankan dengan lebih cekap dan efisien.

Fungsi Tabung Endowmen

  • Memberi biasiswa kecemerlangan kepada pelajar yang layak.
  • Membiayai pembangunan prasarana dan infrastruktur.
  • Membiayai aktiviti yang melibatkan penyelidikan dan inovasi.

  • Membuat pelaburan.
  • Membiayai aktiviti yang difikirkan sesuai tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Amanah Endowmen.

"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya".


(Q.S. Asy Syuura: 23)