Waqaf/Jariah

Apa itu Waqaf/Jariah

Waqaf atau dikenali sebagai Jariah adalah satu bentuk ibadah secara serahan harta yang dimiliki seseorang untuk kegunaan umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Secara asasnya, waqaf/jariah dimaksudkan sebagai menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaat daripadanya dengan dikekalkan 'ayn' (Fizikal) harta itu dengan memutuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan serta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Secara ringkasnya, harta yang diwakafkan tidak lagi menjadi milik pewakaf tetapi ia tertahan atas hukum dan menjadi milik Allah SWT dan manfaatnya diagihkan untuk kebajikan sesuai dengan tujuan waqaf.

Objektif Tabung Waqaf/Jariah

  • Memberi kuasa kepada Jawantankuasa Pengurusan Amanah untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Wakaf/Jariah mengikut garis panduan yang telah disediakan.
  • Membudayakan Waqaf/Jariah setiap Jawatankuasa Pengurusan Amanah agar penjanaan dapat ditingkatkan.
  • Memperkasakan aktiviti penjanaan Waqaf/Jariah yang lebih berfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.
  • Merancang pelan jangka pendek yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan dijalankan dengan lebih cekap dan efisien.

Fungsi Tabung Waqaf/Jariah

  • Membiayai bantuan pembelian barangan keperluan pembelajaran kepada pelajar yang memerlukan.
  • Membiayai aktiviti yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Amanah.

"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya".


(Q.S. Asy Syuura: 23)